Wednesday, July 8, 2009

lelagu sekolah....

ahahhahah.....kengkawan, tak tau pe nak tulis....
just nak tulis lelagu sekolah....
saje je nak ingat kenangan lama,
sesape yg tau, meh la nyanyi sekali..................

Sek. Keb. Bukit Mahkota

Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota
Tempat tupuan putri dan putra
Belajar, menuntut ilmu di dada
Bagi memajukan negara
Rjin belajar gigih bersukan
Berusaha, berjaya berbakti
Jadi slogan
Wahai penjaga murid dan guru
Mari bersama turut membantu
Harumkan, sanjungkan sekolah kita
Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota
Sek. Men. Keb Agama Bandar Penawar

Kami putra putri Islam
Bersama menuju kejayaan
Berteraskan iman berpaksikan al-Quran
Membentuk keperibadian
Sebumbung satu haluan
Sejunjung mendukung wawasan
Sekolahku cemerlang, sekolahku gemilang
Disanjung warisan berzaman
Sek. Men. Keb. Agama Bandar Penawar
Seluruh jiwa raga dicurahkan
Ke arah kecemerlangan
Kepada ibu pertiwi bersama kami berjanji
Diiringi doa kepada Illahi beramal & berbakti


Maktab Rendah Sains MARA

Lagu 1 (x ingt tajuk)

Wahai putra putri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Dizaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu, jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera

Lagu 2 (pun x tau tajuk gak)

MARA pemegang amanah bumiputera
Beri galakan memajukan usaha
Menjunjung hasrat mencipta bahagia
MARA tetap bersedia
Dan rakyat makmur sentiasa
MARA akan sentiasa
Memberi segala dorongan
Menciptakan kemakmuran
Rakyat menjadi tujuan
Maralah maju wahai rakyat jelata
Berdisiplin selalu Maju MARA maju jaya
Dan rakyat makmur sentiasa


Universiti Teknologi MARA

UiTM Di Hatiku

Bersatu kita pelajar UiTM
Kita Bangsa Perkasa
Taat dan setiaku untuk negara
Penuh semangat waja
Kita jangan mudah terlupa
Pengorbanan perjuangan anak bangsa
Kita jangan mudah terleka
Kemajuan keamanan yang ada
Kita berterima kasih
Pada pemimpin-pemimpin negara
Kita rasa penuh bersyukur
Kerahmatan kemuliaan dari Nya
Kamilah pendukung pewaris bangsa
Kamilah pendaulat bangsa merdeka
Kamilah pelajar berwawasan
Untuk..... negaraku

Lagu ke 2

Wujudmu disini di tanah anak merdeka
Bagai ubur ilmu memayungi putra putrinya
Pelopor hidup budaya bangsa
Agama negara
Membentuk akhlak manusia agar jadi sempurna
Ku yang melangkah ke sini
Ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untuk ku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku
Majulah bangsa, maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya demi bangsa
Watikah yang dimiliki kan ku semat di hati
Janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti
Kupersembahkan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bondaku untuk mu semua...
UiTM... usaha, taqwa, mulia

1 comment: